Masih terlalu awal untuk kitorang boleh check in kat hotel. Kitorang sepakat nak pergi Rantau Panjang. It took almost 45 minutes jugak nak sampai. Dan paling bagusnya bila ikut waze ni dia bawak bukan main road. Kadang lalu kampung kampung. Kadang hutan hutan. Mengikut pada pengalaman yang kononnya dulu tetiap tahun datang Kelantan, kita akan jumpa buddha temple along the way nak pergi Rantau Panjang. Seingat tuan tanah temple tu ada patung buddha yang besar gila tengah duduk dan satu berdiri. Duk la cerita kat kaklong & datin maimon. Sekali rupanya jalan yang kami lalu haritu terjumpa temple lain. Yang ni sleeping buddha uols.
Siap buat u turn nak pegi jengah jengah temple tu. Masa ni takde orang langsung. Terus tiga tiga takut nak keluar dari kereta. Jadinya tengok dari dalam kereta je la.
![]() |
source : google |
Oleh kerana rasa seram seram je nak keluar kereta, kitorang baca info pasal ni pun dari dalam kereta tau. Nama temple ni Wat Phothivihan & terletak di area Tumpat. Statue sepanjang 40 meter ni merupakan yang terpanjang di Malaysia, 7 meter lebih panjang dari sleeping buddha yang ada kat Penang. Tak sampai 15 minit pun kitorang kat sini dan teruskan perjalan ke Rantau Panjang.
Masa sampai di zon bebas cukai ni, baru teringat yang sebahagian kedai kedai yang dari binaan kayu kat situ terlibat dalam kebakaran pada Januari 2014. Masa tuan tanah datang ni kawasan kebakaran tu dah rata dan dah jadi tempat parking. Bagusnya lebih banyak parking, tak bagusnya kedai dah tak banyak woi. Dan tempat tu jadi extra panas sebab kosong gitu je.
Misi utama kami mencari baju kelawar. Haha. Tapi makanan dilupa jangan. Sempatla rasa colek, rasa satay ikan dan beli sikit buah tangan untuk bawa balik. Too bad baggage allowance ada 15kg je. Murahnya la harga beras wangi siam tu. Takde pulak dia jual size kecik. Kalau tak, yang tu pun tuan tanah beli. Take note. Harga harga barang kat sini way cheaper dari kat Pasar Siti Khadijah & Wakaf Che Yeh. Sayang gila tak beli banyak. Macam cashew nuts tu. Sini 1kg baru RM25 kat Wakaf Che Yeh setengah kilo rm25.
After like 1 hour spent jalan jalan kat sini kitorang semua setuju nak balik. (sebenarnya nak cari aircond kereta) Cuaca panas terik. Diri sendiri pun dah berjaga dari jam 3 pagi. Memang masing dah start cranky la. Oh ya, kat sini takat tudung ala nelopa tu rm12 jewwww. Tapi kualiti kain dan kelabuhan kain amatlah tidak tuan tanah suka. Dan paling tak bole terima kain tu cotton lycra yang dorang cakap tu tak stretchable langsung. Big NO.
Dari sini kami terus gerak balik ke Kota Bharu untuk check in hotel & bersihkan diri kejap. Luruskan badan kejap pun ye gak. Tapi kalau dilayan sangat badan ni, sampai subuh esoknya pun boleh tidur kan. Hotel nanti tuan tanah cerita kat entry lain ye.
Petang tu misi kitorang mencari megi ketam di Pantai Cahaya Bulan. Berpandukan hanya gambar dari sepupu kaklong, tanpa tahu nama kedai. Kitorang bole jalan dari kedai ke kedai lain untuk tengok lapik meja diorang warna apa. Memang lawak. Mulanya dah duduk satu kedai ni. Tapi tokey kedai kata ketam habis. Terus pergi kedai lain dan pasrah je la.
Maapkan tuan tanah sebab dah lupa harga megi ketam tu. Antara RM30 ke RM40 rasanya. Sedap sampai terasa manis ketam tu. Dan paling penting ketam tu segar. Kitorang share semangkuk tu bertiga dan amik sikit yang cucuk cucuk goreng ni.
Makan share share ni selalu rasa extra sedap kan? Tambah tambah dengan bunyi ombak sikit, angin sepoi sepoi. Mana nak dapat kat Klang ni? Sungai Klang ada la.
Lepas makan kitorang jalan jalan sekitar pantai kejap. Si kaklong ni buat aksi liar panjat tembok tu dan ambil gambar dari batu batu tu. Tuan tanah memang tidok lerrr.
![]() |
ni lah hasilnya selepas berapa banyak wefie. |
Dari sini kitorang terus gerak ke destinasi seterusnya. Dengar cerita nasi kerabu kedai seterusnya ni memang mantop.
Kedai Nasi Kerabu Golok ni terletak di Jalan Sultan Yahya Petra dan betul betul tepi jalan besar. Famous dengan nasi kerabu daging bakar atau ayam bakar.
Ayam mantop, sambal budu mantop & surprisingly taugeh tu. Rangup & terasa seasoning. Puas kitorang cuba fikir rasa apa yang ada kat taugeh ni. Takde jawapan sampai sekarang. Macam tuan tanah yang agak tak suka makan taugeh, ni kira taugeh jenis 100% acceptable. No wonder la kedai ni antara yang famous dengan nasi kerabu.
Hari pertama kitorang berakhir disini. Walaupun jam baru lebih kurang pukul 9. Perut kenyang, mata berat. Honestly, semua kedai yang tuan tanah pergi kali ni memang tak pernah tuan tanah jejak sepanjang pergi dengan family. Rasa happy gila dapat enjoy trip ni.
Oklah nanti sambung day 2 pulak ye. Till then. xoxo.
sedapnye nasik kerabu tuhh
ReplyDeletelusa harus aku terjahh ... oh oh oh balik kampung ...
kalaula boleh aku nak kirim suruh ko tapau. sedap lain maciam taugeh dia
Deletejgn risau, setiap suapan nasik kerabu ni aku update kat watsapp okeh hahahaha
DeleteSedap woih...
ReplyDeletesedap woi
Deletesalam perkenalan..nampak sedap nasi kerabu tu
ReplyDeletesyureinadiaries.blogspot.my